Iftar ke 20: Laksa Penang
Salam ramadhan kepada para steemian semua, pejam celik pejam celik dah nak masuk ramadhan ke 20. Hari ini saya teringin nak makan laksa penang. Rindu juga nak rasa laksa yang ibu saya masak. Takpela better saya masak sendiri kan, lagi puas hati. Sambil2 google ada terjumpa satu resepi senang untuk saya buat.
Bahan-bahan;
1/2 bungkus laksa
6 ekor ikan kembung( nak sedap guna ikan sardin/selayang)
*Cili kering
*1 bj bawang besar
*1 bj bawang putih
*Belacan bakar
2 keping asam keping
Daun kesom
Bunga kantan
Timun(hiris)
Bawang (hiris)
Limau nipis
Cili api
Garam secukup rasa
Cara-caranya;
- Rebus laksa hingga lembut.
- Rebus ikan kembung dan masukkan 1 keping asam keping.
- Kisar bahan yang bertanda *. Ketepikan.
- Asingkan isi ikan dengan tulang yg telah di rebus. Kisar halus isi ikan tersebut. Ketepikan.
- Kisar tulang - tulang ikan dan tapis utk ambil air nya sahaja. Ketepikan.
- Isikan air dalam periuk dan masukkan bahan kisar, isi ikan dan air ikan. Masak hingga semuanya sebati.
- Apabila sudah mendidih, masukkan asam keping, daun kesom dan bunga kantan. Masak sebentar.
- Perasakan garam secukupnya.
- Hidangkan kuah laksa bersama mee laksa, hirisan timun,bawang, cili api dan limau nipis.
Selamat berbuka dan selamat mencuba.
World of Photography
>Visit the website<
You have earned 6.50 XP for sharing your photo!
Daily photos: 1/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.30
Block time: 2018-06-05T12:25:15
Total XP: 122.00/200.00
Total Photos: 22
Total comments: 1
Total contest wins: 0
Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Daily Steem Statistics: @dailysteemreport
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank
You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness