Menu Ramadhan : Nasi Kukus Berlauk Istimewa
Nasi Kukus
Bahan-bahan:
● 3 cawan beras wangi (Double Dragon)
● 3 cawan air
Cara penyediaan:-
- Basuh beras dengan air bersih sebanyak 2 kali dan toskan air.
- Masukkan beras ke dalam periuk 'rice cooker' bersama 3 cawan air.
- Pastikan suis dihidupkan dan butang 'COOK' ditekan.
Ayam Goreng Berkunyit
Bahan-bahan:
● 1 kg paha ayam (dibersihkan dan dipotong kiub)
● 3 sudu makan serbuk kunyit
● 3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
● 2 sudu makan minyak masak
● Garam (secukup rasa)
● Serbuk Maggi Cukup Rasa (secukup rasa)
● Minyak masak untuk menggoreng
Cara penyediaan:-
- Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan serbuk kunyit, bawang putih, 2 sudu makan minyak masak, garam dan serbuk cukup bersama ayam. Gaul sehingga rata dan perap selama 30 minit di dalam peti sejuk.
- Panaskan minyak masak untuk menggoreng di dalam kuali/periuk dengan api besar.
- Masukkan ayam yang telah diperap dan kecilkan api ke suhu sederhana.
- Apabila ayam mula berubah warna, besarkan api ke suhu tinggi hingga ayam mula terapung.
- Angkat ayam dan toskan minyak.
*pastikan ayam tidak berais/beku semasa digoreng
Telur masin
Bahan-bahan:
● 4 biji telur masin
● Air untuk rebus
Cara penyediaan:-
- Basuh permukaan kulit telur sebelum direbus.
- Didihkan air didalam periuk dan dengan perlahan masukkan telur masin.
- Rebus telur selama 12-13 minit.
- Toskan air dan rendam telur masin di dalam air paip/ais sehingga sejuk.
- Keringkan permukaan kulit telur dan belah dua.
Sambal mentah
Bahan-bahan:
● 5 biji cili besar
● 10 biji cili padi
● 3 ulas bawang putih
● 3 sudu makan cuka
● 2 sudu makan gula
● 2 sudu teh garam
● 1 cawan air suam
Cara penyediaan:-
- Masukkan cili besar, cili padi, bawang putih dan air ke dalam 'food processor' dan kisar sehingga hancur.
- Pindahkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan cuka, gula, garam dan gaul sehingga larut.
Kuah kari
Bahan-bahan:
● 2 inci kayu manis (size sederhana)
● 5 biji buah pelaga
● 3 biji bunga lawang
● 2 biji Bawang besar (dihiris nipis)
● 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
● 1/2 inci halia (dihiris nipis)
● 3 sudu makan serbuk kari daging
● 3-4 cawan air
● 3 sudu makan air asam jawa
● Garam (secukup rasa)
● Serbuk Maggi Cukup Rasa (secukup rasa)
● Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:-
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bawang besar dan tumis sehingga bawang berubah warna dan naik bau.
- Kemudian masukkan bawang putih dan halia dan tumis sekejap.
- Masukkan serbuk kari dan gaul sehingga rata. Apabila serbuk kari mula melekat pada permukaan kuali, masukkan secawan air sedikit demi sedikit. Pastikan rempah kari tidak hangus. Tumis rempah sehingga timbul minyak dan masukkan lebihan air.
- Apabila kuah mula mendidih, masukkan air asam jawa, garam dan serbuk cukup rasa. Didihkan selama 5 minit dan matikan api.
*1/2 biji timun dihiris nipis atau mengikut citarasa masing-masing.
Congratulations @azeero! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :
Award for the number of upvotes received
Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
To support your work, I also upvoted your post!
For more information about SteemitBoard, click here
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word
STOP
This post has been curated by TeamMalaysia Community :-
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
perrrrggghhhh.. lapar gengggggg
apalagi bro.. masak jak.. haha.. kalau aku malam-malam begini, maggi jak laku ni.. hehe