lakar langsung.... live sketch
Live sketching portrait promotion@Bintang Megamall Miri
![FB_IMG_1517970747447.jpg]
Live sketching portrait@Medini Mall Legoland
()
Lakar langsung merupakan aktiviti awal semasa saya mempelajari lukisan potret.. tidak dapat dinafikan perasaan gemuruh, malu, tangan menggeletar sewaktu melukis ramai penonton yg memerhati.. tetapi tak dapat dinafikan aktiviti ini melatih pelukis utk menambahkan keyakinan diri dan kecekapan dalam memerhatikan subjek atau model dihadapan. Merujuk pada buku Impressionist muka surat 9, "Apabila anda melukis secara langsung dihadapan subjek yang ingin anda gambarkan, anda belajar melihat sesuatu dengan lebih terperinci berbanding ketika anda melukis berdasarkan daya ingatan semata-mata. cuba hasilkan lakaran ringkas sebanyak yang boleh tentang suatu objek atau subjek pemandangan samaada menggunakan pensel atau cat. Anda tidak perlu cuba menghasilkan karya agung. Sebaliknya, cuba gambarkan secara tepat apa yang anda lihat dari segi cahaya, warna, dan bentuk". Itu adalah berdasarkan pendekatan pelukis aliran gaya Impressionist yang menitik beratkan lukisan di luar bukannya di dalam studio. seperti nasihat Boudin kepada monet, "semua yang dilukis secara langsung dan serta- merta mempunyai sentuhan kekuatan, semangat, dan kelincahan yang tidak mungkin dapat dihasilkan di dalam studio, 3 calitan berus lukisan dalam suasana semula jadi lebih berkesan berbanding yang dihasilkan di atas papan lukis studio selama dua hari." ketika itu monet telah pon menjadi pelukis karikatur yang berbakat dan mendapat bimbingan Boudin mempelajari lukisan landskap dan melukis di luar..