STEEM CARTOON : LUAHAN MELALUI LUKISAN MYJUNIOR
HELLO #Myjunior #steem-cartoon #TeamMalaysia
Lukisan adalah satu bentuk medium komunikasi awal bagi kanak-kanak. Mereka akan melukis untuk mengambar perasaan mereka. Kanak-kanak akan mencapai kepuasan melalui melukis kerana ia dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka.
Ini adalah lukisan myjunior yang mengambarkan tentang teman rapatnya.
Melukis juga dapat menguatkan otot tangan kanak-kanak. Ianya membantu kanak-kanak dalam meningkatkan kemahiran motor halus. Melalui lukisan mereka bebas melakukan garisan dan corak bebas hingga mereka mampu menguasai pergerakkan pensel. Perkara ini secara tidak langsung ianya dapat membantu kanak-kanak memguasai kemahiran menulis huruf dan nombor.
Oleh sebab itu, seringkali kita melihat di tadika atau pusat asuhan. Kanak-kanak lebih banyak didedahkan dengan aktiviti mewarna dan melukis. Ianya adalah asas dan proses awal bagi mereka.
Biarkan mereka berekspresi dan meluahkan apa yang mereka rasa dalam bentuk lukisan.
Jangan mentertawakan mereka jika apa yang mereka gambarkan sangat melucukan. Sentiasalah memberi pujian dan motivasi kepada mereka. Ianya akan menjadikan mereka lebih yakin dan berani.
@brojoe ....Follow Me!
what the flip! I had no idea! Outrageous!
Price is what you pay. Value is what you get.