INDAHNYA KEMATIAN
Panggilan
Biarkan aku terbaring dalam lelapku,
kerana jiwa ini telah dirasuki cinta,
dan biarkan daku istirehat,
karena batin ini memiliki segala
kekayaan malam dan siang.
Nyalakan lilin-lilin dan bakarlah
dupa nan mewangi di sekeliling
ranjang ini,
dan taburi tubuh ini dengan
wangian melati serta mawar.
Minyakilah rambut ini dengan
puspa dupa dan olesi kaki-kaki
ini dengan wangian,
dan bacalah isyarat kematian
yang telah tertulis jelas di dahi ini.
Biarku istirehat di ranjang ini,
kerana kedua bola mata ini
telah teramat lelahnya
Biar sajak-sajak bersalut perak
bergetaran dan menyejukkan jiwaku
Terbangkan dawai-dawai harpa dan
singkapkan tabir lara hatiku.
Nyanyikanlah masa-masa lalu
seperti engkau memandang
fajar harapan dalam mataku,
kerana makna ghaibnya begitu
lembut bagai ranjang kapas
tempat hatiku berbaring.
Hapuslah air matamu sahaabt jiwaku,
dan tegakkanlah kepalamu seperti
bunga-bunga menyemai jari-jemarinya
menyambut mahkota fajar pagi.
Lihatlah Kematian berdiri bagai
kolom-kolom cahaya antara
ranjangku dengan jarak infiniti
Tahanlah nafasmu dan dengarkan
kibaran kepak sayap-sayapnya.
Dekatilah aku dan ucapkanlah
selamat tinggal buatku.
Ciumlah mataku dengan seulas
senyummu.
Biarkanlah Masa meletakkan
tangan lembutnya di dahiku
dan memberkatiku
Biarkanlah perawan-perawan
mendekati dan melihat bayangan
Tuhan dalam mataku,
dan mendengar Gema Iradat Nya
berlarian dengan nafasku....