Kesendirian yang sepi

in #poetry7 years ago (edited)

image
Andai sekeping hatimu disakiti
perasaanmu dilukai
berdarah pedih sekali
kenapa harus membawa diri
pergi ke satu daerah yang terasing sunyi
seperti bahagia tiada lagi
kerana melayan duka bertali-tali
untuk apa menjerumuskan diri
tenggelam dalam banjir airmata berkali-kali
Apakah sudah tidak ada manusia selain dia yang pernah menyakitkan hati?
Apakah terlalu sempit ruangan di dunia ini?
sehinggakan duka itu kau percayai
melupuskan bahagia yang engkau cari-cari
Terlalu sakitkah hati?
sehingga tergamaknya kau membiarkan hidupmu menyendiri..
dikuasai rasa benci
dikuasai dendam semarak api
tidak mengizinkan diri untuk merasakan bahagia sekali lagi.
kerana bimbang kenangan lalu berulang kembali
kerana hatimu telah kau kunci
kerana sedih yang datang tidak kau biarkan pergi
atau mungkin kerana terlalu sayang padanya membuatkan kau jadi begini...