The first night
Banyak juga cerita yang Pak Lang dengar tentang remaja yang soleh (yang baik, warak dan beriman). Kisah mereka ini agak lucu. Maklumlah remaja yang tidak terdedah dengan perkara mungkar. Mereka jadi manusia yang tidak pandai dalam hal berkaitan s#ks atau hubungan suami isteri. Eloklah begitu! Cuma ibu bapa pasangan pengantin sebegini kenalah pandai memahamkan mereka agar bahtera rumah tangga yang dilayari dapat dimulakan dengan penuh indah dan bahagia.
Sememangnya tidaklah dinafikan - terutama dalam jemaah islam - adanya remaja yang begitu bersemangat mentaati perintah Allah. Meraka sangat serius dalam menghayati syariat Allah. Jadilah mereka orang yang warak - yang sangat menjaga halal haram dalam segenap sudut kehidupan atau pergaulan. Bila tiba masanya untuk mereka berkahwin, mereka akan pastikan calon isterinya atau suaminya adalah sealiran dengan jemaah yang diyakininya.
Mereka tidak terlibat sama sekali dalam pergaulan bebas, berfoya-foya dan sebagainya. Hidup mereka penuh dengan aktiviti sembahyang berjemaah, pengajian agama, usrah, qiamullail, dakwah, menerbitkan bahan bacaan islami dan lain-lain aktiviti yang sangat positif. Justeru, mereka sangat berhati-hati menggunakan internet. Sangatlah mereka berusaha mengawal diri agar tidak memandang yang haram yang biasa terdapat di media internet.
Cerita malam pertama ini mengisahkan sepasang pengantin baru yang mengalami kebuntuan komunikasi. Lebih tepatnya kedua-duanya beku dan kaku ketika berdua-duaan di kamar pengantin. Apa yang terjadi kedua-duanya saling membisu. Tidak ada suara yang terbit dari mulut masing-masing. Suara seolah-olah tersekat di kerongkong. Suasana malam kekal sunyi. Hanya yang kedengaran ialah suara jengkerik dan burung 'segan' berbunyi yang menggerunkan.
Itulah kamar pengantin sepasang remaja yang benar-benar tidak terdedah dengan kisah seks bebas atau sebarang pengetahuan mengenai kehidupan yang melanggar batasan syariat.
Pengantin lelaki bernama Hisyam manakala pengantin perempuan bernama Munirah. Mereka berkahwin atas dasar taat dengan pilihan emak ayah masing-masing. Mereka bersetuju kerana calon suami atau isteri yang dinyatakan kedua orang tua mereka adalah remaja yang juga sangat berakhlak dan komited dengan jemaah pilihan mereka.
Hisyam masuk ke bilik pengantin tanpa dapat mengucapkan salam. Suaranya tersekat, lidahnya kelu. Isterinya Munirah yang baru dinikahi pagi tadi telah merebahkan diri. Berselimut litup seluruh tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki.
“Malu agaknya. Maklumlah malam pertama…” Hisyam berbisik di dalam hatinya tanpa dia sedar siisteri yang di dalam selimut masih belum tidur.
Hisyam pergi ke sudut bilik. Dalam samar lampu bilik yang penuh romantik itu, dia menunaikan solat taubat dan menutupnya dengan doa yang panjang. Dia merintih kepada Allah swt agar dikurniakan isteri yang solehah dengan harapan mereka dipimpinNya ke jalan yang benar. Dia mengharapkan lahirnya rumah tangga yang tertegak sistem hidup yang membesarkan Allah dan Rasul.
Sebaik selesai, Hisyam melirik sekilas kepada isteri yang masih di dalam selimut. Masih tidak ada sebarang gerak. Bunyi nafas pun tidak kedengaran! Hatinya terdorong untuk menyentuh atau mengejutkannya tetapi dia juga rasa malu. Tangannya menggeletar. Hasrat itu diundurkannya. Lantas, dia pun mematikan lampu dan terus mengucap basmalah lalu berbaring di atas katil di sebelah siisteri. Tibat-tiba Hisyam terdengar suara merdu isterinya penuh romantis memecah kesunyian bilik pengantin mereka. “Buah papaya sudah masak ranum, bilakah tupai nak datang merasa ?”
“Eh, eh!! apa cerita ni?” terperanjatnya Hisyam di dalam hati. Hampir dia bersuara menegur isterinya itu. Tapi diundurkan juga hasratnya kerana menyangka siisteri sedang mengigau. Hisyam tidak dapat melelapkan matanya. Dia teringat 'igauan' isterinya tadi. Dia mengambil kesimpulan akan membawa Munirah, isterinya mencari buah mempelam seperti yang diigaukan itu. Maklumlah baru berkahwin - terasa sangat mahu melayan apa jua kehendak isteri.
Hisyam tidak dapat melelapkan matanya. Dia teringat 'igauan' isterinya tadi. Dia mengambil kesimpulan akan membawa Munirah, isterinya mencari buah papaya seperti yang diigaukan itu. Maklumlah baru berkahwin - terasa sangat mahu melayan apa jua kehendak isteri. Hisyam tertidur bungkam dalam keadaan muka yang polos. Dengkuran nipisnya didengar Munirah.
Si isteri yang belum tidur, sedang memasang telinga mendengar apa jua gerakan daripada sisuami. Dia menunggu suami mendekati dan menyentuhnya. Inikan malam pertama mereka. Dia pun tidak tahu apakah yang patut dilakukannya kepada suami. Dia hanya tahu, dia perlu taat dan patuh pada suami. Apa juga hajat suami, dia akan berusaha menunaikannya. Dia rela apa saja asalkan ianya adalah kehendak Allah dan Rasul termasuklah menyerahkan kehormatan diri yang sangat dipeliharanya selama ini.
Mendengar dengkuran suaminya, Munirah agak kecewa, tetapi sempat dia memujuk diri dengan bersangka baik dengan suaminya. Adakah suaminya tidak mendengar ungkapannya tentang 'buah papaya masak' tadi atau suaminya tidak memahami kiasan kata-katanya itu? Itulah yang difikirkannya di dalam selimut itu.
Munirah membuka selimut perlahan-lahan, khuatir gerakannya mengejutkan suaminya. Dia memandang wajah polos suaminya puas-puas. Sudah halal baginya memandang wajah lelaki ajnabi kerana lelaki yang sedang tidur itu adalah suaminya yang sah. "Lucu juga wajah suami aku ini...tidur macam gaya adik aku!!" Bisiknya dalam hati. Dia teringatkan adik bongsunya, Syafiq yang gaya tidurnya seperti gaya suaminya tidur ketika itu.
Munirah tidak dapat menahan sabar. Rasa hatinya mendorong-dorong untuk dia menyentuh wajah suaminya itu. Tapi entah kenapa, tangannya gementar terlalu amat. Dadanya juga berombak kencang. Tidak tahu apa yang ditakutinya dan apa pula yang digeruninya. Dia hanya sedang berdepan dengan seorang suami yang sedang tidur. Cuma hatinya sangat yakin, dia sedang melakukan sesuatu yang diredhai Tuhan. Mereka suami isteri halal antara satu dengan yang lain. Mereka berdua bukan lagi orang asing. Mereka sudah sah sebagai suami isteri.
Setelah puas menahan gementar, berjaya juga Munirah menyentuh kulit muka suaminya itu. Terasa diganggu, Hisyam dalam tidurnya mengukir tanda tidak selesa pada gerak mulutnya. Munirah tersenyum sendirian. "Wah! macam gaya Syafiq bila kena ganggu waktu tidur!!" Sukanya Munirah melihat reaksi tanpa sedar suaminya itu.
Sekali lagi dia menyentuh wajah suaminya. Kali ini walaupun tangannya masih gementar, dia dapat meletakkan hujung jari telunjuknya itu di pipi suaminya yang agak berisi itu. malah diusap-usapnya dua tiga kali. Kali ini - dalam keadaan masih tidur, Hisyam rupanya terasa ada gangguan yang ketara pada wajahnya. Tangannya diangkat untuk menepis 'sesuatu' pada mukanya. Munirah segera menarik tangannya agar tidak terkena tangan suaminya.
"Alhamdulillah selamat!" Getus hatinya lagi sambil dia tersenyum sendirian. Munirah sudah berani. Tangannya sudah tidak gementar. Sekali lagi dicubanya menyentuh muka suaminya tetapi dia mengubah fikiran. Lebih baik dia membelai rambut suaminya - sama seperti yang selalu dilakukannya pada adiknya Syafiq. Tindakannya itu tidak mengundang apa-apa reaksi Hisyam.
Munirah jadi makin berani. "Wah! terima kasih Tuhan!" Katanya dalam hati. Rasa bahagia dengan apa yang dilakukannya itu mula menyelinap masuk ke hatinya. Dia yakin suaminya tidak akan memarahinya malah mungkin menyukai tindakannya sedemikian. Kali ini Munirah bertekad untuk mendekatkan hidungnya ke wajah suaminya.
Tetapi belum pun sempat dia melakukannya, Hisyam yang masih nyenyak tidur, tiba-tiba mengalihkan badannya. Munirah yang sedang mendekatkan mukanya tidak sempat mengelak. Tangan Hisyam yang cuba menarik selimut ke badannya. tersentuh pada kepala Munirah.
Hisyam terjaga! Matanya tidak dibuka sepenuhnya tetapi hanya dicelikkan separuh dan bersedia untuk ditutup tidur kembali. Tetapi sebaik mata kuyu itu melihat bayangan wanita di depannya, dia terlupa dia sudah berkahwin. Tentulah dia terperanjat yang amat sangat. Siapa pula wanita yang sedang tidur bersamanya di waktu tengah malam begitu.
Matanya dibuka luas malah terbeliak terperanjat. Hisyam bahkan terduduk, terjaga dengan wajah rasa bersalah, malu dan hairan. "OH! rupanya aku memang sudah kahwin! Ini isteri aku!!" Itulah ungkapan hatinya memarahi diri.
"Ma...maaa..aafkan Munirah ya abang!" Munirah tunduk malu tetapi ungkapan maafnya jelas menyelinapkan arus sejuk yang syahdu ke telinga dan terus ke hati Hisyam. Hisyam makin kaku. Dia cuba senyum dan bercakap. Suaranya melekat di kerongkongan. "O..Ok! tak pe!!" itulah yang termampu keluar dari mulut Hisyam.
Munirah mengambil keputusan mendekat kepada suaminya. Dihulurkan tangannya kepada Hisyam. Hisyam masih kaku. Dia tidak tahu apakah yang patut dilakukannya. "Abang! Munirah minta maaf sebab ganggu abang tidur!!" "Oh!! tidak mengapa, eloklah kejutkan abang!" Akhirnya Hisyam berjaya berkata-kata sebanyak itu walaupun tangannya masih belum menyambut tangan isterinya.
Munirah akhirnya memegang tangan suaminya. Terasa ada gementar yang kuat pada tangan Hisyam. Munirah tahu, gementar itu juga berlaku padanya di awal tadi. Nanti ianya akan berkurangan. Munirah menggenggam tangan kanan Hisyam dengan kedua belah tangannya. Tangannya yang lembut itu sangat meruntun hati Hisyam.
"Terima kasih Tuhan atas kurniaMu pada kami. Engkaulah yang menjodohkan kami, Engkaulah penentu segala-galanya untuk kami. Bantulah kami untuk terus mentaatiMu sehingga ke akhir hayat kami". Itulah munajat Hisyam - remaja yang baru bergelar suami yang kuat hubungan hatinya dengan Tuhan. Dia kembali tenang setelah mendapat jabatan tangan, salaman siisteri. Dia terasa macam bermimpi tadinya.
Tiba-tiba Munirah tunduk lalu mencium dan mengucup belakang tangan Hisyam. Berdebar gemuruh pula jantung Hisyam dengan tindakan Munirah itu. Sebaliknya Munirah kekal lama dalam keadaan tunduk sebegitu. Mulutnya masih mencium belakang tangan Hisyam. Genggamannya masih belum dilepaskan bahkan ianya makin erat.
Munirah berkata, "Abang tolong doakan saya ya! Doakan agar saya jadi isteri yang solehah, isteri yang tetap mengagung dan membesarkan Tuhan dengan rasa takutkan Allah serta rindukan Baginda Rasulullah saw. Abang doakanlah Munirah di malam yang para malaikat menyaksikan kita berdua sebagai suami isteri"
Hisyam pun mengangkat tangan kirinya lalu diletakkannya di atas ubun-ubun isterinya. Lalu dia pun mengungkapkan doa yang diaminkan oleh Munirah,
"Ya Allah, ya Tuhan Kami, terima kasih atas kurniaanMu kepada kami dengan jodoh kami ini. Engkaulah Tuhan yang maha agung yang telah menyelamatkan kami sepanjang usia remaja kami untuk mentaatiMu. Terima kasih Tuhan kerana Engkaulah yang telah menunjuk jalan keselamatan ini untuk kami. Kalaulah tidak dengan pimpinanMu, nescaya telah lama kami terjerumus seperti remaja-remaja yang lain."
Ya Allah, kami berazam untuk menjadikan rumah tangga kami sebagai rumah tangga contoh di akhir zaman. Engkau bantulah kami ya Allah agar kami terpimpin melakukannya. Ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang maha mendengar rintihan hati kami. Inilah malamnya engkau pertemukan kami walaupun sebelum ini kami tidak pernah saling mengenali. Berikanlah perasaan cinta, kasih dan sayang sesama kami atas dasar semata keranaMu Ya Allah."
"Engkaulah yang maha tahu betapa kami ingin terus mencari keredhaanMu. Engkau jadikanlah rumah tangga kami sebagai landasan untuk kami mencapai redhaMu. Engkau peganglah hati-hati kami, pandulah kami melepasi ranjau-ranjau kehidupan rumah tangga agar kami istiqamah dalam ibadah, dalam perjuangan dan dalam pengorbanan."
"Pimpinlah kami Ya Allah pada setiap waktu dan ketika agar kami sentiasa dapat menerima apa saja yang Engkau timpakan ke atas kami. Janganlah Engkau biarkan kami tanpa pimpinan kerana kami takut kami kecundang di pertengahan jalan."
"Tuhan, sesungguhnya kami lemah jika kami sendirian. Tolonglah kami Tuhan! Kami sangat perlukan orang yang boleh memimpin kami. Pertemukanlah kami dengan orang-orangMu Tuhan agar kami boleh terus membaiki diri dan terpimpin melawan nafsu dan syaitan. Ya Allah kabulkan permintaan kami.... Amin Ya rabbal 'Alamin"
Hisyam mengakhiri doa yang dibacanya sepenuh jiwa itu dengan mengucup ubun-ubun dan dahi isterinya. Air matanya bergenang dengan pelbagai perasaan yang berbaur. Munirah hanya mampu menangis teresak-esak. Dia terus tersembam di ribaan suaminya. Hatinya tersentuh dengan doa suaminya. Itulah harapannya selama ini dan suaminya telah ungkapkan satu doa yang sama seperti yang diharapkannya berlaku dalam perkahwinan mereka.
Dia berjanji dengan Tuhan untuk benar-benar menjadi isteri yang solehah iaitu isteri yang bernilai tinggi di sisi Tuhan. Dia mahu mencatat sejarah sebagai seorang bidadari kepada suami dan sebagai seorang serikandi bersama suami membela Islam diakhir zaman. Dia tahu ujian dan cabaran pastinya akan datang silih berganti, tetapi dia menyerah segala-galanya kepada Allah. Jika dia tetap istiqamah, semoga apa yang dilaluinya nanti adalah peningkatan rohaniah yang berterusan. Itulah maksud kejayaan yang sebenarnya.
Demikianlah kisah Hisyam dan Munirah seadanya. Pak Lang ubah suai sedikit kisah ini untuk paparan dalam blog ini. Beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak-anak sehebat Hisyam dan Munirah. Mari kita sama-sama berazam dan berusaha untuk melahirkan generasi salafussoleh di zaman ini. Semoga kita semua dibantu Tuhan merealisasikannya dengan berkat Rasulullah saw dan para kekasih Tuhan!!
Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
http://kakipoyo.blogspot.com/2014/12/sepasang-remaja-di-malam-pertama.html
Congratulations @fahrizal536! You received a personal award!
You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking
Do not miss the last post from @steemitboard:
Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!
Congratulations @fahrizal536! You received a personal award!
You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking
Do not miss the last post from @steemitboard:
Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!